Wednesday, August 10, 2011

KUASA MINDA

Buat renungan kita semua,
Saya berkempatan bergaul dengan banyak orang yang punya kewibawaan besar. Banyak pelajaran  yang saya  pelajari secara langsung atau  tidak. Satu hari saya melakukan perjalanan menggunakan keretapi di sebuah negara jiran. Keretapi esekutif yang nyaman dan sangat sesuai  untuk ingin bersantai sambil melihat pemandangan. Duduk  di sebelah saya seorang tua yang agak pendiam dan lebih senang tersenyum dari berkata kata. Oleh  kerana ini keretapi esekutif maka kerusi tempat duduk yang susunan nya berbaris itu boleh dilaraskan dan di menjadikan kedua kerusi tempat duduk dalam keadaan berhadapan. Dan terjadilah kedudukan saya berhadapan dengan dua penumpang lain  yang juga kawan kepada orang tua di sebelah saya. Terlalu banyak  yang mereka  bahas kan  dan saya cuma tersenyum mendengar dan sesekali tertawa. Orang tua sebelah saya memperkenalkan kepada saya orang  yang dihadapan saya ini adalah dua orang professor dari satu  university terkenal manakala orang tua disebelah saya adalah bekerja seorang petani. Satu waktu dulu mereka pernah belajar di satu  universiti yang sama. Antara yang mereka bahaskan ialah kenapa diri kita rasa sakit tanya seorang professor dan  jawab professor yang satu lagi, rasa sakit itu kerana kita rasa tidak  sihat. Kata orang tua disebelah saya kenapa harus begitu sedang kan rasa tidak sihat itu juga tidak semestinya rasa sakit. Saya cuma tersenyum dan  minda saya mula berputar mencari jawapan sebenar nya. 
Fikirkan lah dan kuasa minda kita mungkin ada jawapan yang yang terbaik.

Tuesday, August 9, 2011

ANUGERAH YANG TERMAHAL UNTUK MANUSIA

Alam adalah anugerah Allah  pada manusia. Terokai lah alam. Kalau sakit cari lah penawarnya. Di alam ini sudah tersedia semuanya untuk manusia.Hargai lah alam dan nikmatilah anugerah ini Banyak  penawar disediakan disaat manusia sakit. Penawar kencing manis adalah satu ramuan  yang berdasarkan sumber asli dari alam dan tidak sama sekali mengandungi bahan kimia.

Monday, August 1, 2011

ANDA HARUS TAHU

Alhamdullilah bersyukur kerana kita diberi peluang bertemu dengan Ramadhan lagi pada tahun ini. Somoga kita diberi keRahamatan, di beri kesihatan yang baik dan semoga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita semua.

Lumrah kehidupan ada waktu kita sihat dan ada waktu kita sakit. Saat kita sakit sering bermain di fikiran kita adalah bagaimana nikmatnya saat kita sihat. Semuanya ujian dari Dia. Kita yang bernama makhluk Allah adalah wajar menerima semua ujian dan dugaan kerana kita tidak punya daya dan upaya kecuali Dialah Jua.

Namun kita di beri peluang sebanyaknya untuk meminta dari dia, saat kita sakit mohon lah dengan setulus hati dari Dia untuk kesembuhan nya.

Kita juga di beri peluang mencari seribu penawar untuk menyembuh kan sakit kita kerna janji Dia tidak ada penyakit yang tidak ada penawarnya kecuali mati.

Salam dan selamat menunaikan Ibadah Puasa dengan hati yang tulus semoga kita mendapat manafaat di Ramadhan kali ini.

INGAT LAH SETIAP PENYAKIT ADA PENAWARNYA.

KENCING MANIS

KAEDAH RAWATAN MEMBERSIH DAN MERANGSANG PANKREAS AGAR PANKREAS BERFUNGSI SECARA SEMULA JADI MENGELUARKAN INSULIN DALAM BADAN

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.