Wednesday, August 10, 2011

KUASA MINDA

Buat renungan kita semua,
Saya berkempatan bergaul dengan banyak orang yang punya kewibawaan besar. Banyak pelajaran  yang saya  pelajari secara langsung atau  tidak. Satu hari saya melakukan perjalanan menggunakan keretapi di sebuah negara jiran. Keretapi esekutif yang nyaman dan sangat sesuai  untuk ingin bersantai sambil melihat pemandangan. Duduk  di sebelah saya seorang tua yang agak pendiam dan lebih senang tersenyum dari berkata kata. Oleh  kerana ini keretapi esekutif maka kerusi tempat duduk yang susunan nya berbaris itu boleh dilaraskan dan di menjadikan kedua kerusi tempat duduk dalam keadaan berhadapan. Dan terjadilah kedudukan saya berhadapan dengan dua penumpang lain  yang juga kawan kepada orang tua di sebelah saya. Terlalu banyak  yang mereka  bahas kan  dan saya cuma tersenyum mendengar dan sesekali tertawa. Orang tua sebelah saya memperkenalkan kepada saya orang  yang dihadapan saya ini adalah dua orang professor dari satu  university terkenal manakala orang tua disebelah saya adalah bekerja seorang petani. Satu waktu dulu mereka pernah belajar di satu  universiti yang sama. Antara yang mereka bahaskan ialah kenapa diri kita rasa sakit tanya seorang professor dan  jawab professor yang satu lagi, rasa sakit itu kerana kita rasa tidak  sihat. Kata orang tua disebelah saya kenapa harus begitu sedang kan rasa tidak sihat itu juga tidak semestinya rasa sakit. Saya cuma tersenyum dan  minda saya mula berputar mencari jawapan sebenar nya. 
Fikirkan lah dan kuasa minda kita mungkin ada jawapan yang yang terbaik.

No comments: